Our Lil Prince...

baby
Showing posts with label my family. Show all posts
Showing posts with label my family. Show all posts

Thursday, January 29, 2015

Khalish dan Sushi

Kalau pergi Aeon@Jusco, mesti Khalish akan singgah kat bahagian sushi.
Aeon kat Ioi Mall, tempat sushi tu tepi jalan je..tempat laluan ramai..memang senang nampak..dan senang sungguh budak kecik nih berhenti..dan cakap.."mama, nak tu...nak nashik tu"..
haa...nampak tak..pulut yang gulung-gulung tu, dia panggil nasik.Malaysian sangat ank haku..hahaha.
Saya biarkan dia pilih sendiri yang mana dia berkenan..Biasanya dia akan amik sushi yang ada pulut dengan seaweed saja. Pastu makan macam makan nasik..haha.kenyang dengan sushi je..
Husband saya mesti geleng-geleng kepala..sebab, dia bukan suka makanan selain makanan malaysia.

Ada sekali saya pergi Aeon Puchong, ambil sepeket sushi, kemudian duduk di area food court. Khalish terus minta nak sushi, nak makan. Saya bukakan sushi, bagi khalish makan..Budak umur 2 tahun lebih, makan sushi macam makan nasi. ramai pulak yang curi-curi pandang. Mungkin melihatkan budak kecik, yang tak berapa ala-ala jepun, maknya yang sah-sah bukan keturunan jepun, malah putih pon jauh sekali..pelik agaknya. atau mungkin tak berapa sesuai dengan penampilan satu family yang tak ada gaya langsung..kahkahkah.

sepeket ni khalish makan smpai abis

Ok, done episode sushi. Nak resepi buat sushi? Sila google sendiri ye..saya pon tak reti..hikhik..

Till then,
bai.




Wednesday, January 28, 2015

KOREAN FUSION: kimchi oh kimchi

 Date: 23 jan 2015
Time: 2.00 pm

Akibat dari pengaruh drama korean yang melampau, dan akibat dari perut yang lapar, terus rasa nak makan kimchi..adoiii..bahana sungguh.

saya google "resepi kimchi".
Hohhooo...rumitnya cara menyediakan se'tupperware' kimchi..makan masa yang berjam-jam.
saya is lazy. Dan memang tak sabar kalau nak menunggu 4-5 jam sehingga siap. Maka, saya lupakan sahaja niat saya pada hari itu.

Tapi, dah memang rezeki saya, malam tersebut, suami ajak keluar. Kami pergi Giant bandar puteri, puchong. Sampai je kat sana, saya dah aim..
1.) KIM CHI
2.) Mee Nong-Shim yang ada Tanda HALAL(Packaging baru).

Mula-mula..jumpa mee dulu.. Ok, seketul mee nong-shim bersamaan harga satu peket mee maggi. Korea mai katanya..kahkah..nasib la mommy ni memang tengah kecur liur nak makan benda ni. Satu peket mee nong-shim, harga nya RM15.90. kalau beli mee-maggi, dpt 3 peket setengah.pheww...
Jadi, saya pon beli seketul saja dulu. Kang beli sepeket, tak lalu nak telan. Sape nak abiskan? Suami saya bukan lidah korean..hekhek..

rupa ramen korean yang halal
Kemudian saya tuju kat bahagian sejuk. Nampak pulak Kimchi kat situ. ok, terus rembat yang meyakinkan saya untuk beli..maksudnya, rasa x was-was kehalalannya..tengok dulu bahan-bahan dia guna,ye..harga seketul rm6.90.
kimchi

Balik rumah..tak menyabar-nyabar lagik..bukak kimchi, terus ngap..tp baca BISMILLAH dulu tau.
Ok, rasa dia boleh tahan lah..macam yang saya pernah makan kat kedai. Husband saya cuba makan,tapi cepat-cepat mintak air masak.haha..memang tekaknya boleh telan budu dengan cecaluk jelah gamaknya.

Until today, Kimchi masih ada lagi kat dalam peti ais..haha..Dah abis dah tempoh mengidam..jadiknya, tersadai ajelah dalam peti ais.
Jap lagi saya nak menggogle resepi sup kimchi plak. Haish..bising lagi lah husband kat rumah..hihiii..

Till then,
bai.






Monday, September 8, 2014

SELAMAT DATANG KEMBALI..

LAST UPDATE:4/12/2013
LATEST UPDATE: 08/9/2014

Alhamdulillah, ter'update' juga blog ini.Terbuka hati nak aktif balik ber'blog'.setelah sekian lama menyepi.bukan bersawang lagi dah, berbukit bukau, dah jadi hutan lipur dh blog ni.haish..!

setahun menyepi:-

anak saya bertambah usianya.makin besar,makin sihat,makin ceria,makin macam2 perangai..tapi saya makin happy,sebab anak saya membesar dengan sihat dan cerdas.

anak masih sorang.
my khalish at 2y8m


suami masih nan satu,hehe

yang paling BEST, saya masih aktif sebagai PENGEDAR SHAKLEE YANG SAH!

setiap 15hb, masih dapat bonus dari Encik SHAKLEE.

SHAKLEE buat hidup saya makin sibuk.jadual harian saya makin padat.TAPI, saya tak kisah.SEBAB saya makin tahu hala tuju saya dalam SHAKLEE.

till then,kita jumpa lagi next blog k..

Sekian,

Momma shaklee,
AKITAH,
SID 962533
0199437817