Our Lil Prince...

baby

Thursday, January 29, 2015

Khalish dan Sushi

Kalau pergi Aeon@Jusco, mesti Khalish akan singgah kat bahagian sushi.
Aeon kat Ioi Mall, tempat sushi tu tepi jalan je..tempat laluan ramai..memang senang nampak..dan senang sungguh budak kecik nih berhenti..dan cakap.."mama, nak tu...nak nashik tu"..
haa...nampak tak..pulut yang gulung-gulung tu, dia panggil nasik.Malaysian sangat ank haku..hahaha.
Saya biarkan dia pilih sendiri yang mana dia berkenan..Biasanya dia akan amik sushi yang ada pulut dengan seaweed saja. Pastu makan macam makan nasik..haha.kenyang dengan sushi je..
Husband saya mesti geleng-geleng kepala..sebab, dia bukan suka makanan selain makanan malaysia.

Ada sekali saya pergi Aeon Puchong, ambil sepeket sushi, kemudian duduk di area food court. Khalish terus minta nak sushi, nak makan. Saya bukakan sushi, bagi khalish makan..Budak umur 2 tahun lebih, makan sushi macam makan nasi. ramai pulak yang curi-curi pandang. Mungkin melihatkan budak kecik, yang tak berapa ala-ala jepun, maknya yang sah-sah bukan keturunan jepun, malah putih pon jauh sekali..pelik agaknya. atau mungkin tak berapa sesuai dengan penampilan satu family yang tak ada gaya langsung..kahkahkah.

sepeket ni khalish makan smpai abis

Ok, done episode sushi. Nak resepi buat sushi? Sila google sendiri ye..saya pon tak reti..hikhik..

Till then,
bai.




Wednesday, January 28, 2015

KOREAN FUSION: kimchi oh kimchi

 Date: 23 jan 2015
Time: 2.00 pm

Akibat dari pengaruh drama korean yang melampau, dan akibat dari perut yang lapar, terus rasa nak makan kimchi..adoiii..bahana sungguh.

saya google "resepi kimchi".
Hohhooo...rumitnya cara menyediakan se'tupperware' kimchi..makan masa yang berjam-jam.
saya is lazy. Dan memang tak sabar kalau nak menunggu 4-5 jam sehingga siap. Maka, saya lupakan sahaja niat saya pada hari itu.

Tapi, dah memang rezeki saya, malam tersebut, suami ajak keluar. Kami pergi Giant bandar puteri, puchong. Sampai je kat sana, saya dah aim..
1.) KIM CHI
2.) Mee Nong-Shim yang ada Tanda HALAL(Packaging baru).

Mula-mula..jumpa mee dulu.. Ok, seketul mee nong-shim bersamaan harga satu peket mee maggi. Korea mai katanya..kahkah..nasib la mommy ni memang tengah kecur liur nak makan benda ni. Satu peket mee nong-shim, harga nya RM15.90. kalau beli mee-maggi, dpt 3 peket setengah.pheww...
Jadi, saya pon beli seketul saja dulu. Kang beli sepeket, tak lalu nak telan. Sape nak abiskan? Suami saya bukan lidah korean..hekhek..

rupa ramen korean yang halal
Kemudian saya tuju kat bahagian sejuk. Nampak pulak Kimchi kat situ. ok, terus rembat yang meyakinkan saya untuk beli..maksudnya, rasa x was-was kehalalannya..tengok dulu bahan-bahan dia guna,ye..harga seketul rm6.90.
kimchi

Balik rumah..tak menyabar-nyabar lagik..bukak kimchi, terus ngap..tp baca BISMILLAH dulu tau.
Ok, rasa dia boleh tahan lah..macam yang saya pernah makan kat kedai. Husband saya cuba makan,tapi cepat-cepat mintak air masak.haha..memang tekaknya boleh telan budu dengan cecaluk jelah gamaknya.

Until today, Kimchi masih ada lagi kat dalam peti ais..haha..Dah abis dah tempoh mengidam..jadiknya, tersadai ajelah dalam peti ais.
Jap lagi saya nak menggogle resepi sup kimchi plak. Haish..bising lagi lah husband kat rumah..hihiii..

Till then,
bai.






Monday, January 26, 2015

PENGALAMAN-IJN+HAMIL+SHAKLEE(PART 3)

PART III

Sambung balik kisah saya yang tergantung.

Sebenarnya bila disahkan mengandung, bermulalah jurnal saya ke hospital ke klinik kesihatan setiap bulan. saya buat pemeriksaan bulanan di klinik kesihatan puchong bt14. Juga, pemeriksaan bulanan di hospital serdang. bayangkan 2 tempat yang harus saya pergi setiap bulan.Tapi ada baiknya..sebab, di hopsital serdang, pemeriksaan yang dibuat lebih terperinci.saya perlu berjumpa dengan doc pakar bersalin, juga doktor pakar jantung.2 doktor setiap kali appoinment.
kalau di klinik kesihatan, nurse hanya akan buat pemeriksaan basic sahaja,tapi di hospital serdang, saya boleh scan kandungan setiap bulan, pemeriksaan jantung juga setiap bulan.Seksa, penat, tapi saya harus kuat waktu tu. Sebab semua disekeliling saya amat risaukan saya. Jadi, sayalah yang kena tunjukkan dekat mereka semua yang saya ok.

Sampai saat bersalin, saya juga ke hospital serdang.Nurse pasangkan saya  ECG,maknanya wayar ECG tu akan melekat kat dada dan kaki..penuh dgn wayar kat badan..'mesin nyawa' yang bunyi tut..tut.. tu pn bising kat telinga..sungguh, rasa macam kritikal je..tapi saya memang semangat waktu tu nak tengok baby saya lahir. Alhamdulillah,semua berjalan lancar..saat nak bersalin,semua dipermudahkan.saya tak perlu melalui proses yang sukar.semuanya secara normal dan tak ambil masa yang lama.Syukur..Tuhan tu maha Kaya..susah di bahagian lain,senang di bahagian lain.

sejak lahirnya Khalish, saya memang tidak amalkan sebarang supplement atau makanan tambahan.sebab saya takut ada kesan sampingan terhadap kesihatan saya.kalau saya sakit, siapa yang harus jaga anak saya?itu yang buatkan saya tidak ambil apa-apa ubatan, atau makanan tambahan dalam tempoh berpantang. sudahnya, dalam tempoh itu,saya selalu demam,selesema yang lama, sakit-sakit belakang..muka pucat je sepanjang masa.

apatah lagi,saat saya menyusukan khalish sepenuh masa.perlu sediakan keperluan susu khalish yang mencukupi setiap hari.di pejabat, saya perlu 'pump' susu setiap hari.sehingga kebanyakan waktu, saya alami keletihan/kelesuan.

Mujur, saya ada temujanji di ijn dalam ketika saya menghadapi situasi yang mecabar ini.saat tu, saya nekad untuk bertanya doktor saya, samada saya boleh ambil sebarang supplement atau tidak. dan, jawapannya, adalah DIGALAKKAN. Tiada yang memudaratkan saya,kata doktor.Lagipun, saya sekarang tidak mengambil apa-apa ubat,jadi pengambilan supplement adalah digalakkan untuk mengekalkan stamina saya. Masa tu, dalam hati saya dah terdetik, saya nak ambil shaklee.sebab saya pernah google, shaklee ada set untuk ibu menyusu.

Ape lagi, balik rumah, saya terus buka internet.google, buka fb, tengok siapa yang jual shaklee.tanya kawan-kawan terdekat, dengan siapa beli semua..dan, saya trus buat pembelian. Saya ambil VITALEA, B COMPLEX, OSTEMATRIK dengan VITAMIN C.

bermulalah dari saat itu, saya jadi pelanggan setia shaklee.kenapa?sebab saya rasa stamina saya dah kembali kuat selepas hampir sebulan saya amalkan supplement shaklee ni.susu saya makin pekat dan bertambah.jiwa saya makin tenang.sengal-sengal dan sakit belakang saya makin hilang.TIADA SEBAB untuk saya berkata tidak pada vitamin shaklee. Dan, yang paling seronoknya, berat saya bertambah. dari kurang 40 kg, berat saya mencapai 43kg.

Sampai saat ni, bila ke IJN, doktor akan beri respon yang postif. Semua ok. Doa dan harapan saya, moga kesihatan saya makin baik, sehingga saya mampu melihat anak saya membesar depan mata.

Doakan saya.

Till then,
Bai.

Akitah Adam
0199437817