Our Lil Prince...

baby

Wednesday, March 18, 2015

SUPPLEMENT APA YANG SAYA GUNA UNTUK JANTUNG?

Ok.

Hari ni rasa nak berkongsi berkenaan pengalaman sendiri berkenaan supplement yang saya ambil selepas pembedahan untuk mengekalkan kesihatan jantung saya

Yelah..ibarat enjin kereta..bila dah rosak dan kena repair, ia takkan jadi macam yang asal dah..begitu juga jantung kita. Bila dah kena baiki, kena operate, keadaan dah tak sama macam yang asal..yang sebelum di operate..ditambah baik..paham ke paham?hehe..

Keadaan saya selepas operation adalah bukan 100% ok.maybe dalam 70% sahaja fungsi jantung saya berada di tahap baik..maksudnya injap saya yang bocor dan sudah di'repair' tu, masih ada lagi kebocoran..cuma tidak kritikal..keadaan jantung saya tidak lagi membengkak..dan aliran darah sudah boleh berfungsi dengan baik..cuma macam tulah..

Saya masih lagi memerlukan stamina yang tinggi..tak sama macam orang normal..masih lagi rasa cepat penat bila berjalan jauh..bila buat kerja banyak sikit, saya masih rasa lesu..

tau tak, selepas pembedahan..ada satu lagi masalah baru yang saya dapat..?
TEKANAN DARAH RENDAH.
Puncanya adalah dari masalah injap yang saya hadapi tu lah..dan juga kesan ubatan dari yang saya ambil selepas pembedahan.

Tak selalu kena..Tapi bila saya banyak buat aktiviti dalam sehari tu, memang akan kenalah.
**mata akan berkunang-kunang..jadi gelap seketika..
**lepas tu kepala akan pening dan sakit ..denyut-denyut..
**rasa mengantuk dan penat..masa nih, rasa nak baring dan tidur je..

sebenarnya selepas operate, saya tak berani nak ambil sebarang supplement.. takut ada efek pada jantung..tapi, selepas saya bersalin anak pertama, terus saya tanya doktor di ijn kalau-kalau saya boleh ambil sebarang supplement untuk diri saya.Sebab saya bagitau saya penat dan selalu letih.
Dan..doktor memang menggalakkan rupanya pengambilan supplement ni..bagus untuk kita.walau kita pesakit  jantung, sangat lah digalakkan..sebab, jantung kita memang nak pakai lama..perlukan tenaga yang lebih..orang yang masalah injap, memang perlukan tenaga yang lebih dari orang normal..untuk pump jantung kita..

Nak tau apa yang saya ambil untuk kebaikan jantung saya dan juga nak bagi naikkan tekanan darah saya yang rendah ni?

saya ambil OMEGA GUARD, B COMPLEX & VITALEA IRON.


berkesan ke?
Alhamdulillah..tenaga saya kembali meningkat.
kepala dah jarang-jarang sakit
mata pun jarang-jarang berkunang-kunang
malah, rasa segar je sentiasa.

bila jumpa doktor pun, doktor akan impress dengan prestasi saya!
ramai yang tak tau saya sebenarnya adalah pesakit jantung.Sebab tak nampak macam orang sakit.
Kawan-kawan lama saya memang ramai tak tahu hal berkaitan kesihatan saya.Saya sebenarnya tak suka orang tahu saya sakit. Sebab apa? Saya tak nak orang tengok saya dengan simpati. Sungguh..!

Sekarang berat saya dah bertambah..kembali pada berat yang normal..dan kesihatan saya bertambah baik..jarang sakit..jarang demam..

Kita berusaha, Tuhan yang menerima segala usaha kita kan..?
Tuhan suka hambanya yang berusaha untuk hidup sihat.
Hidup kena positif.
setiap masalah, ada jalan selesai.

Jom, Hidup secara sihat.

Siapa perlukan khidmat saya untuk supplement bagi pesakit jantung?
Boleh hubungi saya (akitah 0199437817).
Insyaallah, saya akan bantu anda sebaik mungkin.










1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete