Our Lil Prince...

baby

Wednesday, January 28, 2015

KOREAN FUSION: kimchi oh kimchi

 Date: 23 jan 2015
Time: 2.00 pm

Akibat dari pengaruh drama korean yang melampau, dan akibat dari perut yang lapar, terus rasa nak makan kimchi..adoiii..bahana sungguh.

saya google "resepi kimchi".
Hohhooo...rumitnya cara menyediakan se'tupperware' kimchi..makan masa yang berjam-jam.
saya is lazy. Dan memang tak sabar kalau nak menunggu 4-5 jam sehingga siap. Maka, saya lupakan sahaja niat saya pada hari itu.

Tapi, dah memang rezeki saya, malam tersebut, suami ajak keluar. Kami pergi Giant bandar puteri, puchong. Sampai je kat sana, saya dah aim..
1.) KIM CHI
2.) Mee Nong-Shim yang ada Tanda HALAL(Packaging baru).

Mula-mula..jumpa mee dulu.. Ok, seketul mee nong-shim bersamaan harga satu peket mee maggi. Korea mai katanya..kahkah..nasib la mommy ni memang tengah kecur liur nak makan benda ni. Satu peket mee nong-shim, harga nya RM15.90. kalau beli mee-maggi, dpt 3 peket setengah.pheww...
Jadi, saya pon beli seketul saja dulu. Kang beli sepeket, tak lalu nak telan. Sape nak abiskan? Suami saya bukan lidah korean..hekhek..

rupa ramen korean yang halal
Kemudian saya tuju kat bahagian sejuk. Nampak pulak Kimchi kat situ. ok, terus rembat yang meyakinkan saya untuk beli..maksudnya, rasa x was-was kehalalannya..tengok dulu bahan-bahan dia guna,ye..harga seketul rm6.90.
kimchi

Balik rumah..tak menyabar-nyabar lagik..bukak kimchi, terus ngap..tp baca BISMILLAH dulu tau.
Ok, rasa dia boleh tahan lah..macam yang saya pernah makan kat kedai. Husband saya cuba makan,tapi cepat-cepat mintak air masak.haha..memang tekaknya boleh telan budu dengan cecaluk jelah gamaknya.

Until today, Kimchi masih ada lagi kat dalam peti ais..haha..Dah abis dah tempoh mengidam..jadiknya, tersadai ajelah dalam peti ais.
Jap lagi saya nak menggogle resepi sup kimchi plak. Haish..bising lagi lah husband kat rumah..hihiii..

Till then,
bai.






No comments:

Post a Comment