Our Lil Prince...

baby

Friday, November 14, 2014

ALKISAH LONGAN KERING + SHAKLEE

Tajuk mengundang teka-teki ke?ihiii..

ceritanya begini.

Customer saya merangkap kawan saya, mengadu kat saya..susu dia makin kurang.walhal baru lepas berpantang. kadang-kadang terpaksa campur fm.saya pernah mengalami situasi begini. jadi, saya bagi cadangan pada dia, untuk ambil set asas SHAKLEE untuk penyusuan dan saya suruh dia cuba LONGAN KERING.

Set asas SHAKLEE saya sarankan dia ambil B COMPLEX+OSTEMATRIK+ALFALFA. 

Kenapa 3 item ni? Sebab saya cadangkan dia kembalikan balik tenaga dia yang hilang, disamping kurangkan stress yang ada. Juga, saya tahu, menyusu memang tak boleh lari dari sakit-sakit belakang, lenguh-lenguh pinggang. Sebab tu saya cadangkan OSTEMATRIK. Alfalfa yang kita tau, memang boleh merangsang pengeluaran susu. Tapi bergantung pada penerimaan individu juga. Harapan saya amat besar. supaya kawan saya mendapat nutrisi yang terbaik, dan mampu melawan segala cabaran dalam penyusuan.

LONGAN KERING(boleh rujuk post entry saya yang lepas), saya cadangkan diambil, sebab ia adalah antara MILK BOOSTER yang boleh dikatakan amat berkesan. Saya pernah cuba.dan resultnya sangat SUPERB! jadi, tak salah rasanya kalau saya kongsikan pengetahuan dan pengalaman saya dalam penyusuan kepada customer saya, apatah lagi kalau dia adalah sahabat saya.


Akhirnya, saya jadikan LONGAN KERING tu sebagai hadiah untuk kawan saya. besar harapan saya untuk melihat kejayaan dia dalam penyusuan.sungguh!

SET SHAKLEE+free LONGAN KERING.

hihi...harap berkesan!

Siapa nak cuba juga?saya sudi bagi free longan kering untuk menyusu.
nak dapatkan tips penyusuan pon boleh.

Jom contact saya di sini:-




Friday, September 19, 2014

PENGALAMAN-IJN+HAMIL+SHAKLEE(PART 2)

ok...sambung lagi..pengalaman saya sepanjang menjadi pesakit di IJN dalam masa yang sama menjadi ibu, dan pengguna shaklee.

Saya berkahwin pada februari 2010.
Saya operate di IJN, pada Jun 2010.
Saya disahkan mengandung pada May 2011.
Saya guna SHAKLEE pada March 2011.

Ape yang boleh saya ceritakan di sini, pengalaman sebegini,bukan mudah, dan bukan juga susah untuk saya lalui. Mungkin menjadi amat sukar jika saya tiada sokongan padu dari suami, keluarga saya, keluarga mertua, dan juga sahabat serta orang sekeliling saya. Sungguh, pada mulanya amat sukar, tapi saya yakin pada takdir Tuhan. Keluarga mertua saya tiada sebarang bantahan untuk kami berkahwin, walaupun umumnya mengetahui tentang penyakit saya dan bakal menjalani pembedahan tidak lama selepas kami berkahwin. Syukur, amat saya bersyukur,semua berjalan dengan lancar.

Semua amat maklum, bahawa selepas berkahwin, saya tidak boleh hamil sehinggalah saya menjalani pembedahan. Suamiku juga sangat maklum akan hal ini. Jadi, kami merancang sejak dar awal perkahwinan lagi, untuk tidak memungkin kan kami mendapat zuriat dalam masa terdekat. Untuk yang mengetahui tentang keadaan saya, memang tiada masalah. Cuma, yang tidak mengetahui, pasti akan bertanya, "dah ada isi ke?" "belum ada apa2 ke?" "lama jugak dah kawen kan..masih x dapat anak lg ke?"
Soalan sebegini, saya akan jawab dengan senyuman sahaja.. dan, saya tak pasti, apa jawapan mertua saya bila diajukan soalan sebegini.. tapi saya pasti,mereka juga sudah sedia dengan jawapan mereka. Terima kasih kerana memahami :)

erm..idea menulis kembali terjejas..ahhaha...aduyai..

saya sambung kemudian ye..

till then, bye...





Wednesday, September 10, 2014

PENGALAMAN-IJN+SHAKLEE(PART 1)

Korang selalu dapat KAD CHENTA x..?

Saya selalu dapat kad chenta ni..

nah,sila jamu mata..

KAD CINTA DARI IJN

Bermula dari 13/6/2010(saya kawen 14/2/2010)-masih mood pengantin baru..ehehe..admit ward pada tarikh ini.

3 hari kemudian sy buat operation.Sakit? sebelum operation saya masih boleh berlari lagi. masuk dalam bilik operation, rasa macam nak berlari keluar.takuttt..Tapi, untuk sihat, saya cekalkan hati. Selepas operation,sakitnya bukan kepalang.Tapi saya yakin,sakit itu penghapus dosa2 kita,2 minggu di IJN, saya dibenarkan keluar.

Bermulalah dari situ,rutin saya ke IJN. Oh ya, saya hanya makan ubat yang disediakan oleh IJN, hanya 6 minggu selepas operate. seterusnya, saya dah bebas dari segala dadah..hehe..Doctor benarkan saya untuk TIDAK MAKAN UBAT lagi. Dan doctor sarakan saya ambil suppleement untuk support kesihatan saya.  

setakat hari ini, doctor bagi feedback yang amat positif. saat saya disahkan mengandung pada ketika belum sampai setahun operation, doctor juga memberi saya perkembangan yang positif. pada ketika itu,kembimbangan dari pihak ibu saya, yang sangat2 risau akan keadaan kesihatan saya bilamana beliau tahau saya hamil,saat itu saya yakinkan dia yang kandungan saya akan membesar dengan sihat dan selamat. saya juga yakin dengan Qada' dan Qadar Allah. saya juga berjanji akan menjaga diri saya degan sebaik mungkin. 

naluri saya ketika itu,saya amat inginkan zuriat. saya beranikan diri untuk hamil. dan ternyata, syukur saya tidak terhingga, bila bayi yang saya lahirkan sangat sempurna, proses kelahiran yang amat mudah..menjaga zuriat saya juga sangat senang.Khalish membesar dengan susu ibu, sehingga 2 tahun. semua macam x percaya,saya boleh menyusukan bayi sampai 2 tahun. tapi, bukan hanya bekalan jiwa semata, saya amibil supleement yang sepatutnya juga, untuk saya tambahkan tenaga saya, mempersiapakan pertahanan mental dan fizikal saya,supaya saya tak terbeban dengan keletihan dan kepenatan yang melampau.

supleement yang saya ambil,sudah tentu lah SET MENYUSU SHAKLEE. nanti saya ceritakan bagaimana set menyusu shaklee mampu memberi efek yang positif pada saya.

Sehingga sekarang, TEMUJANJI SETERUSNYA di IJN adalah pada 29/9/2014. Penghujung bulan ini. harapan saya, moga masih ada perkembangan positif yang akan diberikan doctor terhadap kesihatan saya. 

Till then, kita sambung lagi nanti.


jumpa lagi.

Akitah,
0199437817




Monday, September 8, 2014

SELAMAT DATANG KEMBALI..

LAST UPDATE:4/12/2013
LATEST UPDATE: 08/9/2014

Alhamdulillah, ter'update' juga blog ini.Terbuka hati nak aktif balik ber'blog'.setelah sekian lama menyepi.bukan bersawang lagi dah, berbukit bukau, dah jadi hutan lipur dh blog ni.haish..!

setahun menyepi:-

anak saya bertambah usianya.makin besar,makin sihat,makin ceria,makin macam2 perangai..tapi saya makin happy,sebab anak saya membesar dengan sihat dan cerdas.

anak masih sorang.
my khalish at 2y8m


suami masih nan satu,hehe

yang paling BEST, saya masih aktif sebagai PENGEDAR SHAKLEE YANG SAH!

setiap 15hb, masih dapat bonus dari Encik SHAKLEE.

SHAKLEE buat hidup saya makin sibuk.jadual harian saya makin padat.TAPI, saya tak kisah.SEBAB saya makin tahu hala tuju saya dalam SHAKLEE.

till then,kita jumpa lagi next blog k..

Sekian,

Momma shaklee,
AKITAH,
SID 962533
0199437817