Our Lil Prince...

baby

Friday, September 19, 2014

PENGALAMAN-IJN+HAMIL+SHAKLEE(PART 2)

ok...sambung lagi..pengalaman saya sepanjang menjadi pesakit di IJN dalam masa yang sama menjadi ibu, dan pengguna shaklee.

Saya berkahwin pada februari 2010.
Saya operate di IJN, pada Jun 2010.
Saya disahkan mengandung pada May 2011.
Saya guna SHAKLEE pada March 2011.

Ape yang boleh saya ceritakan di sini, pengalaman sebegini,bukan mudah, dan bukan juga susah untuk saya lalui. Mungkin menjadi amat sukar jika saya tiada sokongan padu dari suami, keluarga saya, keluarga mertua, dan juga sahabat serta orang sekeliling saya. Sungguh, pada mulanya amat sukar, tapi saya yakin pada takdir Tuhan. Keluarga mertua saya tiada sebarang bantahan untuk kami berkahwin, walaupun umumnya mengetahui tentang penyakit saya dan bakal menjalani pembedahan tidak lama selepas kami berkahwin. Syukur, amat saya bersyukur,semua berjalan dengan lancar.

Semua amat maklum, bahawa selepas berkahwin, saya tidak boleh hamil sehinggalah saya menjalani pembedahan. Suamiku juga sangat maklum akan hal ini. Jadi, kami merancang sejak dar awal perkahwinan lagi, untuk tidak memungkin kan kami mendapat zuriat dalam masa terdekat. Untuk yang mengetahui tentang keadaan saya, memang tiada masalah. Cuma, yang tidak mengetahui, pasti akan bertanya, "dah ada isi ke?" "belum ada apa2 ke?" "lama jugak dah kawen kan..masih x dapat anak lg ke?"
Soalan sebegini, saya akan jawab dengan senyuman sahaja.. dan, saya tak pasti, apa jawapan mertua saya bila diajukan soalan sebegini.. tapi saya pasti,mereka juga sudah sedia dengan jawapan mereka. Terima kasih kerana memahami :)

erm..idea menulis kembali terjejas..ahhaha...aduyai..

saya sambung kemudian ye..

till then, bye...





No comments:

Post a Comment