Our Lil Prince...

baby

Wednesday, September 10, 2014

PENGALAMAN-IJN+SHAKLEE(PART 1)

Korang selalu dapat KAD CHENTA x..?

Saya selalu dapat kad chenta ni..

nah,sila jamu mata..

KAD CINTA DARI IJN

Bermula dari 13/6/2010(saya kawen 14/2/2010)-masih mood pengantin baru..ehehe..admit ward pada tarikh ini.

3 hari kemudian sy buat operation.Sakit? sebelum operation saya masih boleh berlari lagi. masuk dalam bilik operation, rasa macam nak berlari keluar.takuttt..Tapi, untuk sihat, saya cekalkan hati. Selepas operation,sakitnya bukan kepalang.Tapi saya yakin,sakit itu penghapus dosa2 kita,2 minggu di IJN, saya dibenarkan keluar.

Bermulalah dari situ,rutin saya ke IJN. Oh ya, saya hanya makan ubat yang disediakan oleh IJN, hanya 6 minggu selepas operate. seterusnya, saya dah bebas dari segala dadah..hehe..Doctor benarkan saya untuk TIDAK MAKAN UBAT lagi. Dan doctor sarakan saya ambil suppleement untuk support kesihatan saya.  

setakat hari ini, doctor bagi feedback yang amat positif. saat saya disahkan mengandung pada ketika belum sampai setahun operation, doctor juga memberi saya perkembangan yang positif. pada ketika itu,kembimbangan dari pihak ibu saya, yang sangat2 risau akan keadaan kesihatan saya bilamana beliau tahau saya hamil,saat itu saya yakinkan dia yang kandungan saya akan membesar dengan sihat dan selamat. saya juga yakin dengan Qada' dan Qadar Allah. saya juga berjanji akan menjaga diri saya degan sebaik mungkin. 

naluri saya ketika itu,saya amat inginkan zuriat. saya beranikan diri untuk hamil. dan ternyata, syukur saya tidak terhingga, bila bayi yang saya lahirkan sangat sempurna, proses kelahiran yang amat mudah..menjaga zuriat saya juga sangat senang.Khalish membesar dengan susu ibu, sehingga 2 tahun. semua macam x percaya,saya boleh menyusukan bayi sampai 2 tahun. tapi, bukan hanya bekalan jiwa semata, saya amibil supleement yang sepatutnya juga, untuk saya tambahkan tenaga saya, mempersiapakan pertahanan mental dan fizikal saya,supaya saya tak terbeban dengan keletihan dan kepenatan yang melampau.

supleement yang saya ambil,sudah tentu lah SET MENYUSU SHAKLEE. nanti saya ceritakan bagaimana set menyusu shaklee mampu memberi efek yang positif pada saya.

Sehingga sekarang, TEMUJANJI SETERUSNYA di IJN adalah pada 29/9/2014. Penghujung bulan ini. harapan saya, moga masih ada perkembangan positif yang akan diberikan doctor terhadap kesihatan saya. 

Till then, kita sambung lagi nanti.


jumpa lagi.

Akitah,
0199437817




No comments:

Post a Comment