Our Lil Prince...

baby

Thursday, March 31, 2011

heart problem 2

hmm...di sini aku akn cerita kn bgaimana aku mula2 dpt tau yg aku menghidap penyakit ini... ok..pada mulanya, mmg keadaan fizikal aku yg slalu kurus, x bermaya n nampak mcm org sakit(dr dlu smpai skarang..(b4 operate)..kuku aku besar dn kebiruan...tp at the same time, aku mmg x rasa aper2 yg pelik pd bhgian jantung ku...x rasa sakit..x pernah pengsan..n sbgnya...


tp, one day, aku demam..masa tu, kebetulan aku balik kg..setiu, trg.aku pergi klinik di setiu(klinik muhaimi) dn doc yg memeriksa aku bertanya padaku samada aku ada sakit jantung atau tidak..aku dgn muka penuh yakin n terkejut menjawab tidak.doc kata, keadaan bunyi jantung aku tidak normal n macam ada problem.dia sarankan aku untuk menjalani pemeriksaan yg menyeluruh di hospital kerajaan bila aku balik ke puchong nnti.aku angguk.tp keluar dr klinik tersebut, aku mmg tidak memaklumkan kpd sesiapa tentang saranan n pemeriksaan doc td.aku takut.aku mmg amat2 takut.sakit jantung?oh no...aku mmg x bersedia utk hadapinya...sebab tu, aku diamkan saja.


bila di rumah, ayahku bertanya samada aku sakit aper2 ker..sbb keadaan aku nampak mcm pucat dn btul2 mcm org sakit.hati ku terdetik.mungkinkah benar apa yg di katakan oleh doc td?Ya Allah...aku amat2 takut! Setiba aku di puchong, aku masih lagi mendiamkan saja hal penyakit ku itu kpd sesiapa.Tunangku dapat mengesan perubahan aku yg agak diam, dan slalu termenung pd masa itu.bila didesak, aku memaklumkan saja hal itu kepadanya. lalu dia memujuk aku untuk ke klinik membuat pemeriksaan.aku berkeras.aku tak mahu. aku takut.Tuhan, berilah aku kekuatan. akhirnya, atas pujukan adikku, aku pegi juga.


di klinik kesihatan puchong, pembantu perubatan yg memeriksaku menyatakan aku tiada masalah jantung. aku berkeras supaya melakukan pemeriksaan lanjut. Dengan muka merengus, dia membawa aku berjumpa dokotor di bilik sebelah. Selepas aku terangkan kpd doc, dia membuat pemeriksaan lanjut di situ. Aku di arah membuat ECG dan ambil darah. Setelah beberapa jam, doc memanggilku. Dan keputusannya seperti yg diduga. Ramalanku Benar belaka. Aku disyaki mengidap sakit jantung. Doc memberi surat supaya aku membuat pemeriksaan lanjut di hospital serdang. Selang 3 bulan, aku melakukan pemeriksaan di hosp serdang.


Doc di sana(Dr. Rahal) memberitahu ku, aku memang di sahkan menghidap kebocoran di injap jantung. Jantung ku semakin mengembang dn menbengkak menyebabkan aku sekarang selalu kepenatan walhal berjalan sekali pun. Dr. Rahal menyarankan pembedahan dilakukan di ijn. aku dirujuk kepada Dr. Jeswant di Ijn. dan keputusannya, pembedahan akan dilakukan pada 13/6/2010.Saat itu, aku tidak merasa takut. malah bersyukur, aku dapat mengetahui sakitku ini cepat, dan masih boleh dirawat.

No comments:

Post a Comment