Our Lil Prince...

baby

Tuesday, March 17, 2015

APE PATUT DILAKUKAN BILA TAU ANDA PESAKIT JANTUNG YANG MEMERLUKAN PEMBEDAHAN?

Haa...kau..tajuk kemain panjang kan?

Ni berdasarkan pengalaman saya sebagai salah seorang pesakit IJN.

Mula-mula..perkara pertama bila dokotr sahkan kita confirm penghidap sakit jantung..tak kisah lah..jenis penyakit nya..injap bocor ke..jantung berlubang ke..doktor akn brief kita sejauh mana tahap penyakit kita..dan doktor akn bagitau samada kita perlu dibedah dalam masa berapa lama..ada yang tak kritikal sangat..doktor akan bagi had masa dia lah..ada yang kritikal..memerlukan pembedahan segera..itu pn doktor akan bagitau jugak.

kemudian,doktor akan tanya kita..ada GL tak..?(kad guarantee dari kompeni kita)..atau ada insurans tak?(ingat ye..insurans takkan cover kalau penyakit kita nih sbenarnya sejak lahir lagi kita memang dah ada sakit nih..kecuali sakit nih kita dapat selepas kita ambil insurans tu-kena tanya betul2 syarikat insurans yang kita ambil..bagaimana prosedurnya atau syarat2nya)
doktor akan bagitau kos pembedahan tu berapa..anggarannya..macam sy dulu, total pembedahan adalah dalam 21k..kalau tak silap lah..tak ingat dah..mana nak cekau 21k tu dalam masa terdekat?

ok,jangan menggelabah kat situ.ada lagi cara lain ye,sahabatku sekalian.
doktor akan bagitau..dekat situ (IJN) ada UNIT TAKSIRAN.iaitu unit dari kementerian kesihatan malaysia yang berfungsi sebagai tempat kita nak minta bantuan/subsidi untuk kos pembedahan dan rawatan di IJN bagi pesakit luar.

Sebelum ke UNIT TAKSIRAN, anda perlu dulu pergi ke bahagian pembayaran..perlu ambil resit dan anggaran jumlah pembedahan dulu.dekat situ bahagian akaun akan bagi satu bil anggaran kat kita berserta tarikh pembedahan.
Lepas tu baru kita pergi ke unit taksiran tu, ambil nombor gilaran..kemudian jumpa pegawai dekat unit taksiran berkenaan.diorang akan tengok senarai yang kita bawa tu..kemudia diorang akan interview la sikit. Mungkin akan ada next appoinment dengan diorang jika dokumen yang diorang nak tak lengkap.biasanya diorang akan minta penyata KWSP kita..sebab nak tengok EPF kita akaun 2 tu banyak tak kalau nak ambil sebagai kos untuk pembedahan.
Diorang juga akan interview kita berkenaan family kita..adik beradik kita..income kita..income mak ayah kita..semua tu akan diambil kira..yelah, Tujuan Unit taksiran ni untuk membantu golongan kurang berkemampuan dari segi kewangan kan..kalu dah kaya, mampu dan banyak duit, tak capai pulak objektif unit tersebut.
Proses berjaya atau tak ni, tak silap saya ambil masa jugak..dalam 2-3 minggu..bila dah lulus..kebiasaanya kalau dokumen semua lengkap dan berkelayakan, tiada masalah untuk lulus.
Macam saya, perlu bayar RM3000 sahaja...selebihnya dapat subisidi dari kerajaan. Syukur.

Dah lulus, apa patut kita buat?
Kena lah buat preparation untuk pembedahan..persediaan mental dan fizikal..ambil tau prosedur pembedahan, apa yang perlu kita buat selepas pembedahan, google sikit-sikit pengalaman orang-orang yang dah lalui pembedahan macam penyakit kita tu..sikit sebanyak, kita akan lebih bersedia.Bila doktor buat penerangan nanti, senang kita nak faham. Masa ni, sokongan keluarga dan orang terdekat dengan kita sangat diperlukan..
Sungguh..semua ini akan bagi kita semangat..yelah..kita kan manusia biasa..dengar je nak kena operate, jantung pulak tu kan..mesti lah rasa down at first.Tapi jangan down lama-lama..kena kuatkan semangat.ingat, ramai lagi yang lagi teruk dari kita..Tuhan maha Kaya..Maha Mengetahui.Mesti ada HIKMAH disebalik kejadian yang menimpa kita ni..Sakit tu kan penghapus dosa.

servis IJN bagi saya sangat TIP TOP..TERBAIKK..serius..saya sangat puas hati..baik dari management sampai lah jururawat, doktor..semua sangat concern pasal pesakit dia. kalau pergi IJN sekarang ni, banyak sangat dah perubahan.Dah macam pergi shopping complex pulak rasa. Tak rasa macam pergi hospital pun..malah..masa dalam wad, kami pesakit tidak perlu pakai baju hospital..Bebas pakai baju sendiri..Bila saya tanya kenapa, diorang cakap supaya pesakit tak rasa tertekan duduk kat hospital..Nak pesakit rasa happy je..Macam duduk dalam rumah sendiri..Tapi hakikatnya,hospital tetap hospital..hehe..cuma, rasa bebas lah..coofee house pon ada kat IJN tau..Sungguh, bila datang IJN untuk pemeriksaan susulan sekarang ni, rasa macam best pulak..boleh lepak-lepak kat ruang bawah hospital.

So kat sini, kita anggap lah..kita antara insan bertuah kerana diberi kesedaran oleh Allah untuk merasai nikmat sakit. Semua tu untuk kita lebih mengisafi diri kita sebagai hambaNya. Dan satu lagi, tak semua orang boleh jejak kaki kat IJN tu, kalau tiada kaitan dengan Jantung tau..Jadi, anda adalah insan yang bertuah juga..sebab dapat rasai pengalaman menjadi penghuni IJN..ada ke orang saje-saje nak perg IJN tu tanpa tujuan?sekadar nak masuk minum air? Rasanya takde lagi..hehe..

Sampai disini dulu.

jumpa lagi :)

P/s: saya adalah pengedar shaklee.siapa yang berminat nak ambil supplement, terumtama berkaitan jantung anda, jom..bleh hubungi saya seperti di bawah. Saya akan cuba bagi yang terbaik untuk anda..

AKITAH 0199437817


















6 comments:

  1. Kenapa ramai yang merayu and meminta sana sini sampai 20-30 ribu untuk kos pembedahan jika ada sistem begini?

    ReplyDelete
  2. Tepat sekali info ni. Mmg x perlu pun sebenarnya merayu sana sini. Tapi ada 2 kemunkinan..mungkin org tu x tahu. Mustahil jugak x tahu kerana pihak IJn ada bgtahu. Yg kedua, utk amik kesempatan menipu duit org. Dan sy pun penah kena ngan sedara sndri. Then bila sy kena operate, baru sy tahu sbnrnya x perlu pun.

    ReplyDelete
  3. info yg sangat baik
    anak saya juga penghidap jantung berlubang- ASD dan VSD
    total kos anggaran RM25k
    pegi unit taksiran dapat kurangkan jadi 5k
    Alhamdulillah
    yg penting mmg ada unit taksiran tu
    btw - pembedahan tu pada 2009

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas maklumat yg diberi ,anak Saya operate di ijn tahun depan,,
    Harap2 kkm dapat membantu

    ReplyDelete
  5. Hello. nak tanya, unit taksiran ni kena apply sebelum pembedahan ke? sbb awak kata 'perlu ambil resit dan anggaran jumlah pembedahan dulu' then bila lulus baru prep utk op. Tapi kalau emergency kena op then macam mana ya?

    ReplyDelete