Kalau pergi Aeon@Jusco, mesti Khalish akan singgah kat bahagian sushi.
Aeon kat Ioi Mall, tempat sushi tu tepi jalan je..tempat laluan ramai..memang senang nampak..dan senang sungguh budak kecik nih berhenti..dan cakap.."mama, nak tu...nak nashik tu"..
haa...nampak tak..pulut yang gulung-gulung tu, dia panggil nasik.Malaysian sangat ank haku..hahaha.
Saya biarkan dia pilih sendiri yang mana dia berkenan..Biasanya dia akan amik sushi yang ada pulut dengan seaweed saja. Pastu makan macam makan nasik..haha.kenyang dengan sushi je..
Husband saya mesti geleng-geleng kepala..sebab, dia bukan suka makanan selain makanan malaysia.
Ada sekali saya pergi Aeon Puchong, ambil sepeket sushi, kemudian duduk di area food court. Khalish terus minta nak sushi, nak makan. Saya bukakan sushi, bagi khalish makan..Budak umur 2 tahun lebih, makan sushi macam makan nasi. ramai pulak yang curi-curi pandang. Mungkin melihatkan budak kecik, yang tak berapa ala-ala jepun, maknya yang sah-sah bukan keturunan jepun, malah putih pon jauh sekali..pelik agaknya. atau mungkin tak berapa sesuai dengan penampilan satu family yang tak ada gaya langsung..kahkahkah.
sepeket ni khalish makan smpai abis |
Ok, done episode sushi. Nak resepi buat sushi? Sila google sendiri ye..saya pon tak reti..hikhik..
Till then,
bai.
No comments:
Post a Comment